Vietnam Tour Package

Discover the charm and beauty of Vietnam with our exclusive tour packages. From vibrant cities and historic towns to breathtaking mountains, tropical islands and coastal landscapes, Vietnam offers unforgettable travel experiences. Perfect for families, couples and groups looking to explore rich culture, delicious cuisine and stunning scenery.

Package 4D3N Da Nang + Hoi An + Bana Hill

Discover the charm of Central Vietnam with our 4 Days 3 Nights Da Nang tour package. Explore the beautiful coastal city of Da Nang, stroll through the historic streets of Hoi An Ancient Town and experience the famous Golden Bridge at Ba Na Hills. Enjoy a perfect mix of culture, scenic landscapes and unforgettable attractions in one amazing journey.

Tour Highlight

Da Nang

Da Nang merupakan bandar pesisir yang terkenal dengan gabungan keindahan pantai, jambatan ikonik dan pembangunan moden. Pelawat boleh menikmati tarikan seperti Dragon Bridge, My Khe Beach serta pemandangan indah Marble Mountains yang menjadikan Da Nang antara destinasi pelancongan popular di Vietnam.

Hoi An

Hoi An ialah bandar warisan yang terkenal dengan suasana klasik, bangunan bersejarah dan tanglung berwarna-warni yang menghiasi jalan-jalannya pada waktu malam. Bandar ini menawarkan pengalaman budaya yang unik, pasar malam yang meriah serta pelbagai kedai kraf dan makanan tempatan.

Bana Hill

Ba Na Hills merupakan destinasi pelancongan terkenal di pergunungan berhampiran Da Nang yang menawarkan pemandangan indah serta cuaca sejuk. Tarikan utama di sini ialah Golden Bridge yang ikonik, taman tema, taman bunga serta perjalanan kereta kabel yang memberikan pengalaman panorama yang menakjubkan.
Contact us for more info
Need more details? Get in touch with us now. Click button below!
Follow Our Social Media
Support Our Instagram & Tiktok

Itinerary

  • Day 1 ~ KLIA - DANANG
    Tiba di lapangan terbang Danang(DAD), peserta akan disambut oleh tour guide dan dibawa ke Danang Central. Check-in hotel dan solat. Selesai, tour guide akan membawa peserta melawat sekitar mercu tanda di bandar Danang seperti Han River, Love Bridge & Dragon Bridge. Sangat sesual untuk bergambar mengabadikan kenangan di sini. Makan
    malam di restoran halal. Pulang ke hotel.
  • Day 2 ~DANANG - HOI AN ANCIENT TOWN
    Sarapan. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Han Market, yang merupakan salah satu pasar tradisional tarikan pelancong dengan pelbagai jualan, kedai makan yang sentiasa sibuk dengan pelanggan, buah-buahan, kasut, beg, pakaian dan sebagainya. Seterusnya, membeli belah di Green Coconut Supermarket yang menjual produk-produk berasaskan buluh dan pokok kelapa. Pulang ke hotel untuk solat dan makan tengahari di restoran halal.

    Pada sebelah petang pula, peserta akan melawat Cam Thanh Palm Creek Forest di Hoi An. Di sini, peserta akan menonton pelbagai persembahan selain berpeluang menyertai pertandingan ‘basket boats’, ‘boat racing’dan persembahan fleksibiliti & keseimbangan oleh penduduk setempat. Setelah itu, melawat Bandar Purba Hoi An, juga dikenali sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO dan rumah lama Tan Ky, Japanese Covered Temple Bridge, dewan perhimpunan ‘Hok Kien’, bengkel kraftangan tradisional serta bandar purba yang berwarna-warni dan penuh keunikan di Hoi An. Makan malam di restoran halal dan pulang ke hotel di Danang.
  • Day 3 ~ DANANG - BANA HILLS
    Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Ba Na Hills dengan menaiki kereta kabel. Sepanjang perjalanan, peserta dapat menikmati pemandangan Alpine Coaster — kawasan pergunungan yang sangat cantik. Melawat Fantasy Park - suatu taman permainan hiburan indoor yang menyediakan pelbagai jenis permainan dan hiburan sesuai untuk semua lapisan umur. Solat jamak dan makan tengahari di Restoran Halal Bharata* di Ba Na Hills (ada disediakan surau). Kemudian, peserta akan melawat taman bunga iaitu Le Jardin D'Amour ~taman bunga yang direka dengan pelbagai bunga, menimbulkan suasana damai dan romantis dikelilingi oleh alamsemula jadi yang indah. Bersiar-siar sekitar jalan lama iaitu di French Village, Moon Castle, Eclipse Square dan Helios Waterfall untuk merasai suasana Eropah sambil menikmati pemandangan dari Golden Bridge. Lewat petang, barulah bergerak pulang ke hotel di Danang.

    Notes : Makan tengahari di pergunungan Bana Hills, tambahan RM40. Kita recommend tuan/puan untuk ambil buffet Halal tengahari diatas pergunungan yang sangat cantik dengan hidangan yang pelbagai. Harga asal adalah RM120 dan anda perlu membayar sebanyak RM40 sahaja sebagai harga promosi lunch buffet diatas pergunungan.
  • Day 4 ~ DANANG DEPARTURE
    Sarapan. Aktivitii bebas sebelum bergerak ke Airport Danang. Perlepasan pulang ke Malaysia

Pricing & Booking

  • Duration : 4 Days 3 Nights
  • Price 4D3N - RM2,444/pax
  • Pakej Termasuk :-
    - Tiket penerbangan pergi & balik
    - Bagasi 20kg pergi & balik
    - Pengangkutan
    - Hotel penginapan 3 bintang/setaraf
    - Makanan halal seperti dalam jadual
    - Tiket masuk ke tempat lawatan
    - Pemandu Pelancong
  • Pakej Tak Termasuk :-
    - Tipping: RM85/pax
    - Themepark RM180/pax
    - Insurans RM60/pax
    - Surcaj cuti sekolah RM220/pax

    *Segala yang tidak dinyatakan dalam jadual*

Package 4D3N Phu Quoc

Discover the tropical beauty of Phu Quoc with our 4 Days 3 Nights tour package. Relax on pristine white sand beaches, explore vibrant night markets and enjoy breathtaking island scenery. Experience the perfect island getaway filled with stunning sunsets, delicious seafood and unforgettable moments.

Tour Highlight

Grand World Phu Quoc

Grand World Phu Quoc merupakan kawasan hiburan dan pelancongan yang terkenal dengan seni bina berwarna-warni serta suasana seperti bandar Eropah. Pelawat boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan malam, menaiki gondola di terusan serta membeli-belah di kawasan yang meriah ini

Vinpearl Safari

Vinpearl Safari ialah taman safari terbesar di Vietnam yang menempatkan ratusan spesies haiwan dari seluruh dunia. Pelawat berpeluang menikmati pengalaman safari unik dengan menaiki kenderaan khas untuk melihat haiwan berkeliaran bebas dalam habitat semula jadi.

VinWonders Phu Quoc

VinWonders Phu Quoc merupakan taman tema terbesar di Vietnam yang menawarkan pelbagai permainan menarik, taman air serta pertunjukan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga. Destinasi ini menjadi tarikan utama bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman taman tema bertaraf antarabangsa.
Contact us for more info
Need more details? Get in touch with us now. Click button below!
Follow Our Social Media
Support Our Instagram & Tiktok

Itinerary

  • Day 1 ~ PHU QUOC – GRAND WORLD PHU QUOC
    Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc. Bergerak ke Central Island, Duong Dong Town untuk makan tengahari. Selepas makan, perjalanan diteruskan ke Grand World Phu Quoc, yang juga syurga hiburan untuk membeli-belah dan pelbagai acara terbesar siang dan malam di pulau Phu Quoc. Seni binanya yang mewah dan elegan, juga dikenali sebagai “bandar yang tidak pernah tidur” kerana beroperasi selama 24/7 dengan pelbagai aktiviti, pasar malam dan sebagainya.

    Check in hotel. Pada sebelah petang, menaiki bot Gondola menyusuri Sungai Venice. Pulang ke hotel untuk makan malam. Kemudian, menikmati Pertunjukan Muzik Air “Kisah Cinta Venice”, salah satu aktiviti terkenaldalam kalangan pengunjung kota Grand World. Aktiviti bebas (free & easy).
  • Day 2 ~ PHU QUOC SAFARI – VINWONDER – SUNSET TOWN
    Selepas sarapan, mengunjungi Vinpearl Safari, Taman Vinpearl Safari di Pulau Phu Quoc, sebuah pusat perlindungan haiwan terbesar di Vietnam. Setibanya di Safari, peserta akan menyertai lawatan bas safari mengelilingi taman dan melihat pelbagai jenis haiwan seperti harimau Bengal, singa Afrika, ungka, dubuk belang, zirafah dan flamingo. Pulang ke hotel untuk solat, makan dan checkout hotel.

    Pada sebelah petang pula, pergi ke Vinwonders Phu Quoc, salah satu taman tema
    terbesar di Vietnam. Peserta berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang
    mencabar dan menarik di sini. Bergerak ke Duong Dong untuk makan malam. Check in hotel, free & easy (aktiviti bebas) di pasar malam Vui Fest.
  • Day 3 ~ DUONG DONG – SUNSET TOWN – PULAU HON THOM
    Sarapan di hotel. Bertolak ke Pulau Hon Thom dengan menaiki kereta kabel. Kereta Kabel Hon Thom akan bergerak sejauh 7,899.9-meter membolehkan peserta menikmati dan menyusuri pemandangan indah atas laut sehinggalah tiba di Pulau Hon Thom. Kereta kabel Hon Thom diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kereta kabel tiga-wayar terpanjang di dunia. Peserta boleh mengunjungi Hon Thom Water Park atau Pantai Hon Thom yang berdekatan. Makan tengahari di Hon Thom. Pulang ke hotel dan solat.

    Pada sebelah petang, melawat Kiss Bridge atau dikenali sebagai “Cau Hon” dalam
    bahasa Vietnam. “Cau Hon” bermaksud lamaran perkahwinan. Sangat sesuai untuk pasangan, terutamanya yang sedang berbulan madu yang melawat syurga
    pelancongan Pulau Phu Quoc. Pulang ke hotel dan makan malam (takeaway).

    Kemudian, menonton rancangan Kiss The Star, rancangan multimedia berasaskan air yang akan dipersembahkan di pantai sekitar pulau di Selatan Phu Quoc. Kiss The Star merupakan pertunjukan yang menggabungkan budaya orang asli dengan unsur fantasia alam semesta. Kisah cinta, keluarga, dan perlindungan alam sekitar diceritakan dengan cara yang menarik, dengan watak yang dinamakan sempena lima unsur: logam, kayu, air, dan api. Nikmati pertunjukan bunga api di Sunset Town. Free & easy di pasar malam Vui Fest.
  • Day 4 ~ PHU QUOC DEPARTURE
    Selepas sarapan, free & easy untuk menerokai Sunset Town sebelum bergerak ke
    Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc.

Pricing & Booking

  • Duration : 4 Days 3 Nights
  • Price 4D3N - RM3,119/pax
  • Pakej Termasuk :-
    - Tiket penerbangan pergi balik
    - Penginapan
    - Pengangkutan
    - Pemandu pelancong
    - Tiket ke semua tempat lawatan seperti
    kereta kabel Hon Thom, Tema Vinwonders, Safari Vinpearl, Kiss Bridge, Menaiki Bot Gondola di sepanjang sungai Venice
    - Makanan halal seperti yang dinyatakan dalam itinerari
  • Pakej Tak Termasuk :-
    - Tipping: RM95/pax
    - Perbelanjaan Peribadi (minuman, telefon
    cenderahati dan dobi)
    - Insurans perjalanan

    *Segala yang tidak dinyatakan dalam jadual*

Package 5D4N Hanoi + Sapa + Halong Bay

Discover the wonders of Northern Vietnam with our 5 Days 4 Nights Hanoi, Sapa and Halong Bay tour package. From the charming streets and rich history of Hanoi to the misty mountains of Sapa and the world-famous limestone karsts of Halong Bay, this trip promises breathtaking views, cultural experiences and unforgettable memories.

Tour Highlight

Hanoi

Hanoi ialah ibu negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah yang kaya, seni bina kolonial serta suasana bandar lama yang unik. Pelawat boleh meneroka Old Quarter yang meriah, menikmati makanan jalanan tempatan serta melawat tarikan bersejarah seperti Hoan Kiem Lake dan Ho Chi Minh Mausoleum.

Sapa

Sapa merupakan destinasi pergunungan yang terkenal dengan pemandangan sawah padi bertingkat serta budaya masyarakat etnik tempatan. Kawasan ini menawarkan pengalaman trekking yang menarik, udara yang sejuk serta panorama alam semula jadi yang menakjubkan.

Halong Bay

Halong Bay ialah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan ribuan pulau batu kapur yang menjulang dari laut hijau zamrud. Pelawat boleh menikmati pelayaran santai di atas kapal sambil mengagumi pemandangan semula jadi yang indah serta meneroka gua-gua unik di kawasan ini.
Contact us for more info
Need more details? Get in touch with us now. Click button below!
Follow Our Social Media
Support Our Instagram & Tiktok

Itinerary

  • Day 1 ~ HANOI - SAPA
    Tiba sahaja di Lapangan Terbang Noi Bai, tour guide akan menyambut dan membawa para peserta ke Sapa. Peserta akan dibawa menggunakan highway ke bandar Lao Cai, iaitu laluan highway pergunungan yang sangat cantik. Berhenti sebentar untuk rehat dan makan tengahari. Kemudian barulah sampai di bandar Sapa yang disambut dengan pelbagai kostum pakaian tradisional penduduk setempat suku H’Mong, Dzao, Tay dan sebagainya. Menikmati makan malam di Restoran Halal. Check-in hotel.
  • Day 2 ~ EXPLORING SAPA – BAN CAT CAT, TA VAN VILLAGE – FANSIPAN
    Bersarapan di hotel/restoran. Peserta akan dibawa untuk menelusuri kampung Cat Cat(Cat Cat Village) yang diduduki oleh suku Black H’mong. Anda akan mempelajari gaya hidup suku tersebut sambil menikmati pemandangan indah sawah padi yang ditanam secara bertingkat dan air terjun, selain turut menerokai kampung Ta Van (atau dikenali Kampung Ta Phin). Kebanyakannya di sini terdapat suku kaum Giay, Dzao, H'mong dan beberapa lagi kumpulan etnik lain.

    Kumpulan etnik ini mempunyai cara hidup yang stabil, memilih tanah pamah di lembah berhampiran sungai untuk menanam padi basah manakala kaum H'mong lebih suka menanam padi di kawasan altitud tinggi (tanam jagung, ubi kayu dan padi). Berhadapan Ta Van ialah sungai Muong Hoa yang jernih, di belakang pula adalah banjaran gunung Hoang Lien Son.

    Makan tengahari. Pada sebelah petang pula, anda akan melawat Stesen Kabel Fansipan – suatu perjalanan yang menakjubkan untuk sampai ke Bumbung
    Indochina, 3143m di atas paras laut. Bermula dengan kereta kabel seterusnya melangkah ke puncak, menikmati udara segar dan landskap yang indah dari atas puncak.

    Makan malam, setelah itu anda diberi *kebebasan untuk menelusuri bandar Sapa pada waktu malam.
  • Day 3 ~ SAPA - HANOI
    Sarapan. Bertolak dari Sapa untuk ke Hanoi. Tiba di Hanoi dan makan tengah hari terlebih dahulu sebelum melawat Dataran Ba Dinh yang terletak di hadapan Makam Ho Chi Minh yang terkenal. Dataran Ba Dinh adalah salah satu tapak peninggalan bersejarah yang popular dalam semua jadual perjalanan Hanoi City Tour. Ia adalah tempat untuk mengenali banyak mercu tanda penting dalam sejarah Vietnam, terutamanya pada 2 September 1945, Presiden Kerajaan Revolusi Sementara Republik Demokratik Vietnam Ho Chi Minh membaca Pengisytiharan Kemerdekaan yang melahirkan Republik Demokratik Rakyat Vietnam. Seterusnya, peserta akan melawat Masjid Al Noor. Makan malam di restoran halal dan check-in hotel.
  • Day 4 ~ HANOI – HALONG BAY- HANOI
    Sarapan. Bergerak ke Halong. Sampai di Halong, peserta akan makan tengahari di
    restoran halal sebelum bergerak ke pelabuhan Halong untuk membuat aktiviti belayar, menyusuri pulau-pulau terindah di teluk Halong seperti Gua Thein Chung(Heaven Cave), Incense burner Islet dan Fighting cock Islet. Kembali ke pelabuhan Halong. Pulang ke Hanoi. Makan malam di restoran halal. Overnight in Hanoi
  • Day 5 ~ HANOI - NOI BAI AIRPORT
    Sarapan. Aktiviti bebas sebelum bergerak pulang. Hari free and easy. Check-out hotel dan bergerak ke airport untuk pulang ke Malaysia.

Pricing & Booking

  • Duration : 5 Days 4 Nights
  • Price 5D4N - RM3,524/pax
  • Pakej Termasuk :-
    - Tiket penerbangan termasuk bagasi 20kg, pergi dan balik
    - Hotel, makanan sebagaimana dalam itinerari
    - Pengangkutan (sepanjang trip)
    - Pemandu pelancong
    - Tiket tempat lawatan dan tiket menaiki cruise di Halong bay
  • Pakej Tak Termasuk :-
    - Tipping: RM95/pax
    - Surcaj extra cuti sekolah/peak season RM220
    - Cable car & train - harga asal RM260, tempah awal diskaun RM80

    *Segala yang tidak dinyatakan dalam jadual*

Package 6D5N 6 Wilayah Vietnam

Experience an exciting journey through Southern Vietnam with our 6 Days 5 Nights tour package. Explore the vibrant city of Saigon, witness the famous sand dunes of Mui Ne, enjoy the beautiful beaches and island adventures in Nha Trang including VinWonders theme park, and discover the cool highland charm of Dalat. This trip offers a perfect mix of culture, nature, relaxation and fun attractions in one unforgettable travel experience.

Tour Highlight

Ho Chi Minh City

Da Nang merupakan bandar pesisir yang terkenal dengan gabungan keindahan pantai, jambatan ikonik dan pembangunan moden. Pelawat boleh menikmati tarikan seperti Dragon Bridge, My Khe Beach serta pemandangan indah Marble Mountains yang menjadikan Da Nang antara destinasi pelancongan popular.

Mui Ne

Hoi An ialah bandar warisan yang terkenal dengan suasana klasik, bangunan bersejarah dan tanglung berwarna-warni yang menghiasi jalan-jalannya pada waktu malam. Bandar ini menawarkan pengalaman budaya yang unik, pasar malam yang meriah serta pelbagai kedai kraf dan makanan tempatan.

Nha Trang

Ba Na Hills merupakan destinasi pelancongan terkenal di pergunungan berhampiran Da Nang yang menawarkan pemandangan indah serta cuaca sejuk. Tarikan utama di sini ialah Golden Bridge yang ikonik, taman tema, taman bunga serta perjalanan kereta kabel yang memberikan pengalaman panorama yang menakjubkan.
Contact us for more info
Need more details? Get in touch with us now. Click button below!
Follow Our Social Media
Support Our Instagram & Tiktok

Itinerary

  • Day 1 ~ SAIGON – MUI NE
    Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, pemandu pelancong kami akan menemui anda dan membawa anda ke Pusat Saigon. Lawatan singkat ke Saigon City, termasuk The Hundred Years Red Catheral (Notre Dame Catheral) dan The Old Post Office. Kemudian, terus ke Xuan Loc Muslim Village. Pada tengah hari, kunjungi Masjid Nourul Ehsaan, salah satu masjid terbesar di Vietnam, kunjungi Kampung Muslim, di mana anda akan disambut oleh penduduk kampung Islam, dan kemudian makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Mui Ne. Tiba di Mui Ne pada sebelah petang. Daftar masuk hotel. Makan malam di restoran halal. Anda bebas untuk pergi membeli-belah atau ke pantai sendiri. Bermalam di Mui Ne.
  • Day 2 ~ MUI NE – NHA TRANG
    Selepas sarapan pagi, pergi ke White Sane Dunes di Bau Trang, yang merupakan salah satu landskap padang pasir yang paling indah di Vietnam. Di tengah-tengah bukit pasir yang tidak berkesudahan, terletak dua tasik besar yang berkilauan. Perjalanan ke Gurun Pelana dengan menaiki Jeep. Kemudian, bergerak ke Nha Trang. Dalam perjalanan ke Nha Trang, berhenti dan solat di Masjid Al Mubarak, yang menempatkan kira-kira 2500 orang Islam Cham. Makan tengah hari di restoran Halal, dan kemudian melawati taman buah anggur, di mana anda boleh memetik anggur anda sendiri untuk dinikmati di taman, kemudian terus ke Nha Trang. Tiba di Nha Trang untuk makan malam di restoran halal tempatan, daftar masuk ke hotel, kemudian berehat, meneroka Nha Trang pada waktu malam. Bermalam di Nha Trang.
  • Day 3 ~ NHA TRANG ISLANDS TOUR – VINWONDER – DALAT
    Selepas sarapan pagi, bertolak ke Pelabuhan Con Se Tre. Mulakan lawatan anda ke pulau-pulau menarik di Teluk Nha Trang yang diiktiraf sebagai salah satu teluk tercantik di dunia. Menaiki bot laju untuk ke Taman Hiburan Vinwonders yang menarik. Kemudian anda boleh menghabiskan sepanjang hari menikmati semua aktiviti & permainan yang menarik di sana seperti Compact coaster, Swing Carousel, Evolution, Merry goround, 4D Movies, BumTpers Cars, Crazy Bull riding, semua permainan 4D & Video, Children Paradise dan Kid Garden. Makan tengahari di VinWonders (Lunch Box yang disediakan oleh Chef Muslim). 15:00PM kemudian akan kembali ke pelabuhan untuk menaiki bot merentasi Teluk Nha Trang. Teruskan pergi ke Bandar Dalat - permata mahkota Tanah Tinggi Tengah. Ia ditampilkan oleh persekitaran seperti taman, dengan suhu sejuk yang nyaman 15°-24°C. Dalat banyak air terjun, bukit kayu pain, tasik dan hutan malar hijau serta taman. Kemudian kita akan makan malam di restoran halal tempatan dan peserta bebas meneroka pasar malam Dalat. Bermalam di Dalat.
  • Day 4 ~ DALAT CITY TOUR
    Selepas sarapan pagi, mulakan lawatan anda ke Bandar Dalat, Lawatan dimulakan ke Valley of Love, taman yang ditanam dengan bunga-bunga yang jarang ditemui.

    Kemudian, kunjungi King Palace, yang dibina dalam gaya Eropah neo-klasik pada tahun 1929 yang merupakan rumah maharaja terakhir Vietnam Bao Dai. Ia terletak di tengah-tengah hutan pain yang indah. Makan tengah hari di Restoran Halal, kemudian peserta dibawa menaiki bot di sepanjang Tasik Tuyen Lam, salah satu tasik tercantik di Da Lat. Berfoto ketika fajar menyingsing di atas bukit dari Tasik Tuyen Lam. Menikmati dan bersantai dengan pemandangan di tasik dan merasai cuaca sejuk Da Lat. Melawat Dalat Puppy Farm yang merupakan bukit seluas lebih 10,000m dengan tanaman bunga
    berwarna-warni. Ketahui tentang taman strawberi berkualiti tinggi, tomato ceri, tembikai Pepino, tembikai, timun bayi, skuasy gergasi dan banyak lagi. Singgah ke Kedai Muslim untuk membeli-belah; barangan yang dijual di kedai pada umumnya berpatutan; seperti pakaian, aksesori dan barangan fesyen lain pada harga terbaik. Terokai deretan pilihan pakaian yang tidak berkesudahan untuk mencari sesuatu yang sesuai dengan anda. Semua orang boleh membeli belah di sini daripada kemeja-T kasual, kasut, beg tangan, beg galas, sutera, baju kurung, tudung, jubbah, seluar jeans, telekung, pakaian mewah dan pakaian sukan. Makan malam di restoran Halal. Kembali ke hotel, peserta diberi waktu bebas untuk jalan di pasar malam Dalat dan membeli belah. Bermalam di Dalat.
  • Day 5 ~ DALAT- SAIGON
    Selepas sarapan pagi, daftar keluar dari hotel dan lawatan diteruskan ke Datanla
    Waterfall, di mana anda boleh menaiki roller coaster yang mendebarkan melalui hutan dan mengambil gambar air terjun yang cantik. Naik bas ke Saigon. Singgah di Hentian Rehat untuk Makan Tengahari (Lunch Box). Petang tiba di Saigon. Daftar masuk di hotel, makan malam di restoran Halal, dan membeli-belah percuma dan mudah di Pasar Malam Ben Thanh. Bermalam di Saigon. Jarak Dalat - bandar Saigon : Sekitar 290km => pemindahan 06 jam
  • Day 6 ~ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
    Selepas sarapan pagi, peserta bebas & santai untuk bersiar-siar atau membeli-belah saat akhir di Ben Thanh sehingga pemindahan ke lapangan terbang Antarabangsa Tan Son Nhat untuk penerbangan berlepas ke Malaysia. Jarak Saigon Central –Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat: 07km => 30 minit pemindahan.

Pricing & Booking

  • Duration : 6 Days 5 Nights
  • Price 6D5N - RM2660/pax
  • Pakej Termasuk :-
    - Penerbangan pergi & balik
    Bagasi 20kg-30kg
    - Tiket tempat lawatan (seperti dalam
    jadual)
    - Pengangkutan (sepanjang trip)
    - Hotel, Makanan sebagaimana itinerary, tiket lawatan tidak termasukk theme park
    - Pemandu Pelancong
    - Makanan halal seperti dalam jadual
  • Pakej Tak Termasuk :-
    - Tipping: RM85/pax
    - Theme Park Vinpearl harga asal RM150 (Tempahan di Malaysia diskaun 50% hanya RM75)
    - Insuran Travel
    - Extra Charge Flight RM220 seorang bagi cuti sekolah

    *Segala yang tidak dinyatakan dalam jadual*

Our Gallery